Rakan tegar
Semasa saya berada di tahun 3, kewangan saya agak meruncing. Jadi saya ambil keputusan untuk bekerja semasa cuti semester pada 3/12/2008. Saya bekerja di restoran fast food dengan adik lelaki saya yang kebetulan baru lepas SPM. Kami sangat pelik sebab kami adik-beradik terus diambil kerja.Walhal sebelum ini saya pernah mencuba di cawangan lain bersendirian, tapi tak pernah dapat.Justeru mungkin Allah nak mempermudahkan saya yang pada waktu itu dilanda 'kegawatan ekonomi' berbanding keadaan saya sebelum itu. Semasa hari-hari permulaan bekerja di situ, tiap2 hari saya merungut dalam hati,"Eeii,leceh betul.Cerewet sangat dengan macam-macam prosedur."Barulah saya tahu bagaimana restoran makanan segera menjaga kebersihan. Saya rasa cara yang diajar ada sedikit persamaan dengan cara mak saya memasak yang saya anggap paling cerewet sebelum ini(hehehe ampun mak). Basuh utensils pun ada 3-steps cleaning,macam Clinique pulak.Kalau malam nak tutup kedai basuh utensils n plates macam basuh untuk kenduri.Nak prepare burger,ada 3 pengepit berbeza untuk lettuce, cheesedale dan slice tomato.Hiiii pening. Kalau tak ikut kena bebel.Kadang2 belasah je.Nak cepat.Jangan manager nampak sudah.Hahaha....
Tapi tu bukan cerita utamanya. Saya dapati rakan sekerja di situ pelajarannya agak sederhana. Begitu juga dengan agamanya. Saya banyak kali berhadapan dgn rakan sekerja yang tidak solat 5 waktu di tempat lain, tapi masih menjaga Solat Jumaat. Tetapi di restoran fast food itu, rupanya mereka sangat tegar. Solat Jumaat pun tak dijaga.Apalagi solat 5 waktu.Tak pernah nampak.Bukannya culture shock,tapi ingatkan tak ada orang kampung macam tu
Saya dan seorang kawan banyak kali nasihat. Tak nak dengar saya perli habis2.Tapi itulah, kalau pintu hati tertutup.Saya terfikir,adakah mereka nak hidup hanya utuk mencari duit?Datang kerja,lepas tu dapat gaji,beli makanan dan rokok.Dunia lain macam tak wujud. Kerja n hidup tak ada target.Sampai bila?
Bila hidup tak ada target, kerja pun suka curi tulang. Menyusahkan orang lain. Kami adik-beradik bukanlah sempurna, tapi selalu jadi mangsa orang yg suka curi tulang. Iyelah kami ni skema. Peduli apa skema, skema2 pun cepat naik pangkat.Hehehe.....
Jadi saya buat kesimpulan itulah beza hidup orang yang menjaga solat dengan yang sebaliknya.Di sini saya bukanlah mengatakan saya dan adik saya sangat sempurna solatnya, cuma kami adalah orang yang paling skema di restoran itu!Moga Allah sentiasa melindungi kami daripada anasir2 buruk.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home