Friday, August 14, 2009

Kakak dan adik lelaki

Tidak dinafikan sesama adik-beradik pasti ada nilai kasih sayang tak kira apa jantina dan umurnya.Saya pernah terbaca dalam satu artikel suatu ketika dahulu yang menceritakan pengorbanan seoranng adik lelaki kepada kakaknya.Itu adalah cerita realiti kerana pembaca tersebut yang mengirimkan kisahnya kepada majalah.Saya sangat tertarik kerana pengorbanan adiknya yang unik. Tambahan saya hanya ada 2 orang adik lelaki.Ada sedikit persamaan dengan salasilah saya.


Si kakak dan adik lelakinya hanya 2 beradik.Mereka adalah pelajar yang bijak dan susah,sebagaimana situasi keluarga lain pada masa itu. Naluri si kakak yang inginkan barangan cantik membuatkannya 'mencuri' duit bapa mereka sebanyak 50sen untuk membeli sehelai sapu tangan.Apabila si bapa yang garang menyedari aliran kredit di poket seluarnya,maka perbicaraan keluarga pun berlaku.Hanya 2 orang suspek, kakak dan adik.


Si kakak sangat gerun untuk mengaku.Sebenarnya si bapa dapat mengagak siapa,cuma dia mahu mendidik anak2nya bersikap jujur.Dengan diameter rotan yang cukup membuatkan kulit manusia berubah tekstur,dia hanya kelu dengan aliran darah yang dipam begitu cepat dan lutut menggeletar.Tetapi si adik mengaku yang dia mencuri duit tersebut.Lantas berubahlah tekstur kulit si adik.Si ibu dan kakak membantu menyapu ubat pada si adik.Si kakak menyapu ubat sambil menangis mengenangkan sikapnya yang memakan diri adiknya.Tetapi si adik tidak menangis,malah memujuk kakaknya.


Apabila meningkat remaja,si kakak mendapat tawaran ke universiti dan si adik mendapat tawaran asrama penuh.Tetapi keadaan kewangan yang meruncing membuatkan si bapa sedikit buntu.Tetapi dia mengatakan kepada isterinya yang kedua-dua anaknya mesti terus belajar.Dua beradik itu terdengar dan masing2 mahu mengundur diri."Adik,biarlah kakak mengalah.Kakak perempuan.Satu hari nanti adik kena sara keluarga".Si adik mendiamkan diri.


Keesokan harinya si adik lari dari rumah.Dia mahu mengundur diri tanpa dapat dihalang oleh sesiapa.Si bapa menepuk dahi manakala si ibu dan kakak sudah luruh air mata.Maka belajarlah si kakak di menara gading.Si adik berhenti sekolah dan mencari kerja tanpa pulang ke rumah.


Suatu hari di asrama universiti,si kakak diberitahu ada orang kampung mahu berjumpa.Apabila dia mendapatkan 'orang kampung' itu,alangkah gembiranya apabila itu adalah adiknya yang sekian lama tidak berjumpa."Mengapa cakap orang kampung?Cakaplah adik kakak".Si adik membalas,"Adik tak nak malukan kakak.Nanti apa orang kata bila orang comot nak jumpa kakak".Si adik membelikan dan memakaikan penyepit rambut untuk kakaknya.


Apabila semakin dewasa,si adik mulai pulang ke rumah dan bekerja kampung.Si kakak telah berkahwin dan suaminya merupakan pemimpin di sebuah syarikat.Lantas si kakak menawarkan pekerjaan si adik pekerjaan di tempat suaminya.Tetapi si adik menolak,"Tak apalah,nanti apa orang kata.Tidak adil untuk orang lain".Sekali si kakak terpaksa akur dengan kedegilan adiknya.


Tidak lama kemudian,si adik berkahwin.Semasa majlis persandingannya,si adik ditanya oleh juruacara majlis."Siapakah perempuan yang paling anda sayangi di dunia ini?".Si adik menjawab,"Selepas ibu ialah kakak saya".Lalu si adik menceritakan yang suatu ketika dulu ketika mereka sama2 pulang dari sekolah dengan merentasi bendang dan jalan yang bahaya,kasutnya koyak dan berlubang.Apabila si kakak nampak,dia memberikan kasutnya kepada adiknya.Apabila sampai di rumah,si adik ternampak kaki dan betis kakaknya banyak calar-balar dan berdarah.Sejak saat itu dia bertekad dia akan berkorban apa saja untuk kakaknya.Apabila kakaknya dengar,dia terus menangis sambil merangkul adiknya.


Saya terfikir,adik saya pernah memberitahu yang saya pernah menyelamatkannya daripada lemas dalam kolam renang.Saya sangat pelik kerana saya sendiri tak tahu berenang,bila pula saya selamatkan dia.Tapi adakah dia bertekad seperti adik dalam cerita di atas.So far tak tahulah.Situasi dan pendirian pun berbeza.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home