JENIS ORANG KAYA
Setiap kali nak post blog,bagi saya title adalah benda yang melecehkan.Saya tahu title tu penting,disebabkan saya baca title sesuatu perkara juga,saya ada perkara nak post.Maka,title adalah perkara terakhir yang saya lakukan.Saya suka mengikuti perkembangan insan berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Prof Dr Muhaya Muhammad dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.Bagi saya,mereka adalah ikon kejayaan orang Melayu.Saya perhatikan mereka bertiga mempunyai persamaan,iaitu proses kematangan dan pegangan agamanya.
Saya selalu berbincang dengan adik2 saya.Tan Sri adalah orang Melayu terkaya dan Madihah pulA menjadi pelajar terbaik SPM dalam kehidupan yang sangat sederhana(susah sebenarnya,tetapi Madihah sentiasa bersyukur).Manakala Dr Muhaya merupakan pakar mata terulung di Malaysia yang banyak menekankan aspek Islam dan holistik ketika merawat pesakit. Mereka mempunyai pegangan agama yang saya rasa lebih baik daripada saya.
Saya ingin lebih fokus kepada kisah Tan Sri.Jika dia selalu membelanjakan hartanya dengan sedekah dan zakat,bagaimana pula dengan orang kaya melayu yang lain.Ada segelintir mereka membelanjakannya untuk dunia.Jika menderma pun sekadar menunjuk-nunjuk.Jika diteliti,entah apa2 yang mereka belanjakan.Buat partilah,kalau buat sponsor untuk charity pun ada award.
Kita sedia maklum,dengan banyak bersedekah dan zakat,Allah tidak akan mengurangkan rezeki kita,bahkan Dia akan memurahkan lagi rezeki kita.Justeru mungkin sebab itu tiada orang kaya melayu lain belum dapat memintas Tan Sri Syed Mokhtar. Kenapa saya menulis begini,kerana saya ingin saling mengingatkan sesama manusia.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home