Kawan Zaman Sekolah Menengah
Saya teringat seorang kawan yang saya kenali sejak sekolah rendah hingga SPM bernama Anizah.Saya sekelas dengannya sejak darjah 5 hingga tingkatan 5.Bagi saya,sikap kawan saya ini sangat berlainan semasa di sekolah rendah dan menengah.Di peringkat menengah,dia agak memberontak.Mungkin sifat sebenarnya begitu,cuma tak terluah.
Semasa tingkatan 4,saya berpindah sekolah di bandar bersamanya dan beberapa rakan lain.Kami berpindah ke situ kerana di situ adalah antara sekolah JAIS yang ada aliran sains.
Di sekolah baru ini,rakan sekelas baru kami kebanyakannya agak kaya. Kalau kaya,good looking dan gedik,pasti jadi perhatian.Kami yang berasal dari kampung agak takut dengan mereka sebenarnya,sebab mereka berpengaruh di kalangan rakan-rakan,guru-guru dan junior.Yang lelakinya,jakun dengan perempuan,lagi2 budak baru.Diorang sengaja mengganggu budak baru untuk melihat tahap 'keperasanan' kami.Macamlah kami tak tahu diorang saja nak main2kan kami.Oh, I really hate that moment!Kalau tahu latar belakang orang yang tak berapa kaya atau tak berapa lawa,mesti kena ejek.
Semasa awal form5,cikgu add math saya tanya,ada siapa pelajar baru di kelas kami.Seorang rakan menunjuk Anizah,walhal dia bukan dikira baru.Yang pelajar baru kebetulan tiada di kelas.Mungkin rakan saya mahu bergurau dengan Anizah sebab dia pendiam dan tak melawan.Akhirnya cikgu terus interview Anizah,yelah sebab pindah sekolah selalunya sebab ayah tukar tempat kerja.Anizah kelihatan berat hati untuk memberitahu ayahnya bekerja sebagai pemandu lori.Sebenarnya dia bukan malu nak mengaku,tapi disebabkan perangai rakan sekelas yang saya nyatakan tadi,pastinya nobody want to reveal it.Kalau kat sekolah lama kami,tak ada siapa kisah pun.
Selepas Anizah luahkan rasa sakit hati yg teramat terhadap rakan sekelas itu pada saya.Terserlah sedikit sifat memberontaknya.Tapi nasib baiklah rakan2 lelaki tak ada masa tu.Yang ada cuma perempuan.Paling2 pun diorang ketawa belakang2.Kalau tak, satu sekolah boleh kecoh jadinya.Kesian dia.Diorang orang kaya apa tau?Belajar main2, datang sekolah nak enjoy je.Cikgu pun dipandang sebelah mata. Ada yang suka banggakan tuisyen luar,mentang2 kami tak mampu.Tapi kalau result kami gempak,buntang mata.Aik,aku tuisyen luar apasal markah diorang lagi tinggi daripada aku! hahaha...masa tu saya ketawa sorang2 belakang2.Jahat juga aku ni....ish3.
Anizah antara pelajar terbaik SPM tahun itu.Saya sangat bangga dan iri hati(bukan negatif ye) jugak dengannya.Saya rasa dia wajar menikmati hasilnya dan sekarang dia belajar di UPM. Tiba2 saya teringat dia sekarang,sebab insiden yang dia alami tu saya rasa agak pedih baginya,dgn environment yang sebegitu.Saya harap dia berjaya sebab dia kawan saya,dan saya tahu dia nekad nak mengubah nasib keluarganya....hehehe. Saya pun sama.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home