Friday, August 28, 2009

19 KEISTIMEWAAN WANITA DAN 6 JENIS WANITA MALANG

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

BULAN RAMADHAN-BULAN BERMUHASABAH

Ramadhan muncul lagi dan kita harus mengambil peluang bermuhasabah diri. Bulan ini bulan untuk berlumba-lumba meningkatkan ibadat,bukan berlumba-lumba membazir makanan.

Saya juga pernah tersasar dari landasan pada satu Ramadhan kerana keghairahan berbuka dengan KFC. Tidaklah membazir, tapi seolah2 tidak beringat dengan bajet yang ada. Biasanya saya mensasarkan bajet tertentu setiap minggu, namun pada minggu itu, soal bajet langsung ditolak tepi. Kemudian hari berikutnya saya ada cukup2 cash untuk membeli makanan saja kerana terlupa saya belum cucuk duit. Duit yang ada sebenarnya syiling yang sudah lama dikumpul untuk satu tujuan.

Mulanya saya tak anggap satu masalah kerana ada mesin atm di hostel. Malangnya atm ketika itu rosak apabila saya mahu withdraw duit sebelum beli juadah dan kebetulan rakan saya juga hanya ada cukup2 cash. Masa tu rasa padan muka dengan diri sendiri. Kemudian hari berikutnya juga saya asyik lupa nak cucuk duit apabila lalu mesin atm lain dengan atm di hostel masih rosak. Agaknya Allah nak membantu 'balancekan' semula bajet saya. Subhanallah!Tapi saya mampu hidup kerana setiap kali dah nak beli juadah dan lupa nak withdraw, ada kawan yang membayar hutang lama atau majlis buka puasa di fakulti. Kalau tak, buka puasa dengan maggi n chipsmore la jawabnya.

Selain itu, sebagai perempuan,penyakit yang membarah di kalangan perempuan semestinya mengumpat. Jadi, ambillah peluang Ramadhan kali ini untuk mengurangkan budaya ini sedikit demi sedikit,seterusnya menyingkirkannya terus daripada hidup kita.

Kini saya mempunyai rakan sebilik yang tidak pernah saya kenali sebelum ini,jadi tidak banyak benda yang kami borakkan mengenai hal orang lain. Kami banyak berborak mengenai pengetahuan am. Yang kelakarnya,rakan baru ini memanggil saya 'google' kerana saya selalu mengadap laptop dan pantang terdengar perkara yang saya tidak tahu,saya akan google.

Mungkin jika saya sentiasa mempunyai kawan baru dari semasa ke semasa, amalan mengumpat dapat dihilangkan terus sedikit demi sedikit. Mungkin ini salah satu hikmah menjalinkan silaturrahim dengan sesama manusia yang disarankan Islam.

Thursday, August 20, 2009

Kawan Zaman Sekolah Menengah

Saya teringat seorang kawan yang saya kenali sejak sekolah rendah hingga SPM bernama Anizah.Saya sekelas dengannya sejak darjah 5 hingga tingkatan 5.

Bagi saya,sikap kawan saya ini sangat berlainan semasa di sekolah rendah dan menengah.Di peringkat menengah,dia agak memberontak.Mungkin sifat sebenarnya begitu,cuma tak terluah.
Semasa tingkatan 4,saya berpindah sekolah di bandar bersamanya dan beberapa rakan lain.Kami berpindah ke situ kerana di situ adalah antara sekolah JAIS yang ada aliran sains.

Di sekolah baru ini,rakan sekelas baru kami kebanyakannya agak kaya. Kalau kaya,good looking dan gedik,pasti jadi perhatian.Kami yang berasal dari kampung agak takut dengan mereka sebenarnya,sebab mereka berpengaruh di kalangan rakan-rakan,guru-guru dan junior.Yang lelakinya,jakun dengan perempuan,lagi2 budak baru.Diorang sengaja mengganggu budak baru untuk melihat tahap 'keperasanan' kami.Macamlah kami tak tahu diorang saja nak main2kan kami.Oh, I really hate that moment!Kalau tahu latar belakang orang yang tak berapa kaya atau tak berapa lawa,mesti kena ejek.

Semasa awal form5,cikgu add math saya tanya,ada siapa pelajar baru di kelas kami.Seorang rakan menunjuk Anizah,walhal dia bukan dikira baru.Yang pelajar baru kebetulan tiada di kelas.Mungkin rakan saya mahu bergurau dengan Anizah sebab dia pendiam dan tak melawan.Akhirnya cikgu terus interview Anizah,yelah sebab pindah sekolah selalunya sebab ayah tukar tempat kerja.Anizah kelihatan berat hati untuk memberitahu ayahnya bekerja sebagai pemandu lori.Sebenarnya dia bukan malu nak mengaku,tapi disebabkan perangai rakan sekelas yang saya nyatakan tadi,pastinya nobody want to reveal it.Kalau kat sekolah lama kami,tak ada siapa kisah pun.

Selepas Anizah luahkan rasa sakit hati yg teramat terhadap rakan sekelas itu pada saya.Terserlah sedikit sifat memberontaknya.Tapi nasib baiklah rakan2 lelaki tak ada masa tu.Yang ada cuma perempuan.Paling2 pun diorang ketawa belakang2.Kalau tak, satu sekolah boleh kecoh jadinya.Kesian dia.Diorang orang kaya apa tau?Belajar main2, datang sekolah nak enjoy je.Cikgu pun dipandang sebelah mata. Ada yang suka banggakan tuisyen luar,mentang2 kami tak mampu.Tapi kalau result kami gempak,buntang mata.Aik,aku tuisyen luar apasal markah diorang lagi tinggi daripada aku! hahaha...masa tu saya ketawa sorang2 belakang2.Jahat juga aku ni....ish3.

Anizah antara pelajar terbaik SPM tahun itu.Saya sangat bangga dan iri hati(bukan negatif ye) jugak dengannya.Saya rasa dia wajar menikmati hasilnya dan sekarang dia belajar di UPM. Tiba2 saya teringat dia sekarang,sebab insiden yang dia alami tu saya rasa agak pedih baginya,dgn environment yang sebegitu.Saya harap dia berjaya sebab dia kawan saya,dan saya tahu dia nekad nak mengubah nasib keluarganya....hehehe. Saya pun sama.

Tuesday, August 18, 2009

Just for reminder

Apabila malaikat maut menjemput,maka terputuslah amalan anak Adam,kecuali 3 perkara:ilmu yang bermanfaat,amal jariah dan doa anak yang soleh.

Monday, August 17, 2009

JENIS ORANG KAYA

Setiap kali nak post blog,bagi saya title adalah benda yang melecehkan.Saya tahu title tu penting,disebabkan saya baca title sesuatu perkara juga,saya ada perkara nak post.Maka,title adalah perkara terakhir yang saya lakukan.



Saya suka mengikuti perkembangan insan berjaya seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Prof Dr Muhaya Muhammad dan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.Bagi saya,mereka adalah ikon kejayaan orang Melayu.Saya perhatikan mereka bertiga mempunyai persamaan,iaitu proses kematangan dan pegangan agamanya.



Saya selalu berbincang dengan adik2 saya.Tan Sri adalah orang Melayu terkaya dan Madihah pulA menjadi pelajar terbaik SPM dalam kehidupan yang sangat sederhana(susah sebenarnya,tetapi Madihah sentiasa bersyukur).Manakala Dr Muhaya merupakan pakar mata terulung di Malaysia yang banyak menekankan aspek Islam dan holistik ketika merawat pesakit. Mereka mempunyai pegangan agama yang saya rasa lebih baik daripada saya.



Saya ingin lebih fokus kepada kisah Tan Sri.Jika dia selalu membelanjakan hartanya dengan sedekah dan zakat,bagaimana pula dengan orang kaya melayu yang lain.Ada segelintir mereka membelanjakannya untuk dunia.Jika menderma pun sekadar menunjuk-nunjuk.Jika diteliti,entah apa2 yang mereka belanjakan.Buat partilah,kalau buat sponsor untuk charity pun ada award.



Kita sedia maklum,dengan banyak bersedekah dan zakat,Allah tidak akan mengurangkan rezeki kita,bahkan Dia akan memurahkan lagi rezeki kita.Justeru mungkin sebab itu tiada orang kaya melayu lain belum dapat memintas Tan Sri Syed Mokhtar. Kenapa saya menulis begini,kerana saya ingin saling mengingatkan sesama manusia.

Friday, August 14, 2009

Kakak dan adik lelaki

Tidak dinafikan sesama adik-beradik pasti ada nilai kasih sayang tak kira apa jantina dan umurnya.Saya pernah terbaca dalam satu artikel suatu ketika dahulu yang menceritakan pengorbanan seoranng adik lelaki kepada kakaknya.Itu adalah cerita realiti kerana pembaca tersebut yang mengirimkan kisahnya kepada majalah.Saya sangat tertarik kerana pengorbanan adiknya yang unik. Tambahan saya hanya ada 2 orang adik lelaki.Ada sedikit persamaan dengan salasilah saya.


Si kakak dan adik lelakinya hanya 2 beradik.Mereka adalah pelajar yang bijak dan susah,sebagaimana situasi keluarga lain pada masa itu. Naluri si kakak yang inginkan barangan cantik membuatkannya 'mencuri' duit bapa mereka sebanyak 50sen untuk membeli sehelai sapu tangan.Apabila si bapa yang garang menyedari aliran kredit di poket seluarnya,maka perbicaraan keluarga pun berlaku.Hanya 2 orang suspek, kakak dan adik.


Si kakak sangat gerun untuk mengaku.Sebenarnya si bapa dapat mengagak siapa,cuma dia mahu mendidik anak2nya bersikap jujur.Dengan diameter rotan yang cukup membuatkan kulit manusia berubah tekstur,dia hanya kelu dengan aliran darah yang dipam begitu cepat dan lutut menggeletar.Tetapi si adik mengaku yang dia mencuri duit tersebut.Lantas berubahlah tekstur kulit si adik.Si ibu dan kakak membantu menyapu ubat pada si adik.Si kakak menyapu ubat sambil menangis mengenangkan sikapnya yang memakan diri adiknya.Tetapi si adik tidak menangis,malah memujuk kakaknya.


Apabila meningkat remaja,si kakak mendapat tawaran ke universiti dan si adik mendapat tawaran asrama penuh.Tetapi keadaan kewangan yang meruncing membuatkan si bapa sedikit buntu.Tetapi dia mengatakan kepada isterinya yang kedua-dua anaknya mesti terus belajar.Dua beradik itu terdengar dan masing2 mahu mengundur diri."Adik,biarlah kakak mengalah.Kakak perempuan.Satu hari nanti adik kena sara keluarga".Si adik mendiamkan diri.


Keesokan harinya si adik lari dari rumah.Dia mahu mengundur diri tanpa dapat dihalang oleh sesiapa.Si bapa menepuk dahi manakala si ibu dan kakak sudah luruh air mata.Maka belajarlah si kakak di menara gading.Si adik berhenti sekolah dan mencari kerja tanpa pulang ke rumah.


Suatu hari di asrama universiti,si kakak diberitahu ada orang kampung mahu berjumpa.Apabila dia mendapatkan 'orang kampung' itu,alangkah gembiranya apabila itu adalah adiknya yang sekian lama tidak berjumpa."Mengapa cakap orang kampung?Cakaplah adik kakak".Si adik membalas,"Adik tak nak malukan kakak.Nanti apa orang kata bila orang comot nak jumpa kakak".Si adik membelikan dan memakaikan penyepit rambut untuk kakaknya.


Apabila semakin dewasa,si adik mulai pulang ke rumah dan bekerja kampung.Si kakak telah berkahwin dan suaminya merupakan pemimpin di sebuah syarikat.Lantas si kakak menawarkan pekerjaan si adik pekerjaan di tempat suaminya.Tetapi si adik menolak,"Tak apalah,nanti apa orang kata.Tidak adil untuk orang lain".Sekali si kakak terpaksa akur dengan kedegilan adiknya.


Tidak lama kemudian,si adik berkahwin.Semasa majlis persandingannya,si adik ditanya oleh juruacara majlis."Siapakah perempuan yang paling anda sayangi di dunia ini?".Si adik menjawab,"Selepas ibu ialah kakak saya".Lalu si adik menceritakan yang suatu ketika dulu ketika mereka sama2 pulang dari sekolah dengan merentasi bendang dan jalan yang bahaya,kasutnya koyak dan berlubang.Apabila si kakak nampak,dia memberikan kasutnya kepada adiknya.Apabila sampai di rumah,si adik ternampak kaki dan betis kakaknya banyak calar-balar dan berdarah.Sejak saat itu dia bertekad dia akan berkorban apa saja untuk kakaknya.Apabila kakaknya dengar,dia terus menangis sambil merangkul adiknya.


Saya terfikir,adik saya pernah memberitahu yang saya pernah menyelamatkannya daripada lemas dalam kolam renang.Saya sangat pelik kerana saya sendiri tak tahu berenang,bila pula saya selamatkan dia.Tapi adakah dia bertekad seperti adik dalam cerita di atas.So far tak tahulah.Situasi dan pendirian pun berbeza.

Labels:

Thursday, August 13, 2009

Rakan tegar

Semasa saya berada di tahun 3, kewangan saya agak meruncing. Jadi saya ambil keputusan untuk bekerja semasa cuti semester pada 3/12/2008. Saya bekerja di restoran fast food dengan adik lelaki saya yang kebetulan baru lepas SPM. Kami sangat pelik sebab kami adik-beradik terus diambil kerja.Walhal sebelum ini saya pernah mencuba di cawangan lain bersendirian, tapi tak pernah dapat.



Justeru mungkin Allah nak mempermudahkan saya yang pada waktu itu dilanda 'kegawatan ekonomi' berbanding keadaan saya sebelum itu. Semasa hari-hari permulaan bekerja di situ, tiap2 hari saya merungut dalam hati,"Eeii,leceh betul.Cerewet sangat dengan macam-macam prosedur."Barulah saya tahu bagaimana restoran makanan segera menjaga kebersihan. Saya rasa cara yang diajar ada sedikit persamaan dengan cara mak saya memasak yang saya anggap paling cerewet sebelum ini(hehehe ampun mak). Basuh utensils pun ada 3-steps cleaning,macam Clinique pulak.Kalau malam nak tutup kedai basuh utensils n plates macam basuh untuk kenduri.Nak prepare burger,ada 3 pengepit berbeza untuk lettuce, cheesedale dan slice tomato.Hiiii pening. Kalau tak ikut kena bebel.Kadang2 belasah je.Nak cepat.Jangan manager nampak sudah.Hahaha....



Tapi tu bukan cerita utamanya. Saya dapati rakan sekerja di situ pelajarannya agak sederhana. Begitu juga dengan agamanya. Saya banyak kali berhadapan dgn rakan sekerja yang tidak solat 5 waktu di tempat lain, tapi masih menjaga Solat Jumaat. Tetapi di restoran fast food itu, rupanya mereka sangat tegar. Solat Jumaat pun tak dijaga.Apalagi solat 5 waktu.Tak pernah nampak.Bukannya culture shock,tapi ingatkan tak ada orang kampung macam tu



Saya dan seorang kawan banyak kali nasihat. Tak nak dengar saya perli habis2.Tapi itulah, kalau pintu hati tertutup.Saya terfikir,adakah mereka nak hidup hanya utuk mencari duit?Datang kerja,lepas tu dapat gaji,beli makanan dan rokok.Dunia lain macam tak wujud. Kerja n hidup tak ada target.Sampai bila?



Bila hidup tak ada target, kerja pun suka curi tulang. Menyusahkan orang lain. Kami adik-beradik bukanlah sempurna, tapi selalu jadi mangsa orang yg suka curi tulang. Iyelah kami ni skema. Peduli apa skema, skema2 pun cepat naik pangkat.Hehehe.....



Jadi saya buat kesimpulan itulah beza hidup orang yang menjaga solat dengan yang sebaliknya.Di sini saya bukanlah mengatakan saya dan adik saya sangat sempurna solatnya, cuma kami adalah orang yang paling skema di restoran itu!Moga Allah sentiasa melindungi kami daripada anasir2 buruk.

Dunia akhir zaman







Semua orang tahu semakin kita menghampiri hari kiamat, semakin banyak kemungkaran berlaku.Ulama2 dan orang-orang yang arif tentang ilmu semakin berkurangan.Begitu juga oran g yang baik2.Contohnya hari ini, Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani telahpun menyahut seruan Ilahi. He incurred heart attack. Moga2 rohnya dicucuri rahmat.Al-fatihah...
Saya difahamkan arwah seorang yg tidak berkira tentang bayaran dan sanggup membantu menjayakan persembahan anjuran penganjur2 kecil. Seingat saya, persembahan nasyid kumpulan Rabbani lah yang paling kerap saya tonton secara percuma. Hampir 5 atau 6 kali. Di dewan orang ramai Meru, di dewan orang ramai Jeram,K.Selangor, di Masjid Negeri S.Alam, di sekolah saya sendiri di S.Alam dan banyak lagi. Padahal mereka sebenarnya boleh demand sebab dah menang ABP BH eight years in row.

Sempena festival konvokesyen di universiti tempat saya belajar kali ini, ianya berkonsepkan intelektual, bukan lagi hedonis seperti sebelum ini yang penuh dengan hiburan. Bukannya saya hendak mengadili mana yang bagus mana yang tidak. Saya faham setiap penganjur walaupun berbeza ideologinya, pasti ingin memuaskan hati banyak pihak.

Cuma apabila sudah namanya intelektual, sudah pasti tidak begitu ramai yang menggemari idea ini. Tiada konsert artis2 yang kacak dan jelita. Mungkin pelajar sudah lama dihidangkan dengan hiburan. Saya rasa semua orang perlu recall semula apa peranan institusi pengajian tinggi.Ia bukan sekadar untuk melahirkan jurutera, doktor, guru dan sebagainya, sebaliknya sebagai seorang yang versatil(dari segi positif).

Jadi, ayuh kita tanamkan sifat cintakan suasana intelektual, supaya negara ini tidak ketandusan pemimpin dan ulama(orang yang berilmu). Kiamat semakin menghampiri tanpa kita sedari. Jadi marilah kita sama2 saling mengingati.