BULAN RAMADHAN-BULAN BERMUHASABAH
Ramadhan muncul lagi dan kita harus mengambil peluang bermuhasabah diri. Bulan ini bulan untuk berlumba-lumba meningkatkan ibadat,bukan berlumba-lumba membazir makanan.Saya juga pernah tersasar dari landasan pada satu Ramadhan kerana keghairahan berbuka dengan KFC. Tidaklah membazir, tapi seolah2 tidak beringat dengan bajet yang ada. Biasanya saya mensasarkan bajet tertentu setiap minggu, namun pada minggu itu, soal bajet langsung ditolak tepi. Kemudian hari berikutnya saya ada cukup2 cash untuk membeli makanan saja kerana terlupa saya belum cucuk duit. Duit yang ada sebenarnya syiling yang sudah lama dikumpul untuk satu tujuan.
Mulanya saya tak anggap satu masalah kerana ada mesin atm di hostel. Malangnya atm ketika itu rosak apabila saya mahu withdraw duit sebelum beli juadah dan kebetulan rakan saya juga hanya ada cukup2 cash. Masa tu rasa padan muka dengan diri sendiri. Kemudian hari berikutnya juga saya asyik lupa nak cucuk duit apabila lalu mesin atm lain dengan atm di hostel masih rosak. Agaknya Allah nak membantu 'balancekan' semula bajet saya. Subhanallah!Tapi saya mampu hidup kerana setiap kali dah nak beli juadah dan lupa nak withdraw, ada kawan yang membayar hutang lama atau majlis buka puasa di fakulti. Kalau tak, buka puasa dengan maggi n chipsmore la jawabnya.
Selain itu, sebagai perempuan,penyakit yang membarah di kalangan perempuan semestinya mengumpat. Jadi, ambillah peluang Ramadhan kali ini untuk mengurangkan budaya ini sedikit demi sedikit,seterusnya menyingkirkannya terus daripada hidup kita.
Kini saya mempunyai rakan sebilik yang tidak pernah saya kenali sebelum ini,jadi tidak banyak benda yang kami borakkan mengenai hal orang lain. Kami banyak berborak mengenai pengetahuan am. Yang kelakarnya,rakan baru ini memanggil saya 'google' kerana saya selalu mengadap laptop dan pantang terdengar perkara yang saya tidak tahu,saya akan google.
Mungkin jika saya sentiasa mempunyai kawan baru dari semasa ke semasa, amalan mengumpat dapat dihilangkan terus sedikit demi sedikit. Mungkin ini salah satu hikmah menjalinkan silaturrahim dengan sesama manusia yang disarankan Islam.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home